197 pelajar ditangkap khalwat

Published on: Author: admin Leave a comment

197 pelajar ditangkap khalwat

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Sebanyak 197 pelajar sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu, Kemaman mencatatkan kes tangkapan kes tertinggi iaitu 126 kes manakala Dungun (55), Besut (49), Kuala Terengganu (35), Marang (29), Setiu (8) dan Hulu Terengganu lima kes.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengambil langkah bagi mengurangkan kes berkenaan.
Beliau berkata, antaranya ialah mengadakan program penerangan mengenai kesalahan jenayah syariah serta implikasi terhadap kesalahan berkenaan.
Katanya, kempen juga diadakan di sekolah serta institusi pengajian tertinggi terbabit di seluruh daerah dengan kerjasama agensi-agensi pertubuhan belia dan Rukun Tetangga.
“JHEAT juga mengadakan penerangan khas kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain untuk diberi penjelasan pula kepada segenap lapisan masyarakat mengenai usaha menangani kes berkenaan,” katanya.
Beliau menjawab soalan bertulis Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payung) berhubung isu tangkapan khalwat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Razif berkata, JHEAT juga membuat rondaan, risikan, pemeriksaan mengejut di hotel-hotel, chalet, rumah rehat, pusat hiburan, taman rekreasi dan seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah mengikut bidang kuasa yang ada.
Cerita Dewasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *