Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menafikan anggota penguat kuasanya terlibat dalam serbuan khalwat yang menyebabkan seorang pelajar lelaki terbunuh akibat tergelincir dari tingkat lima Pangsapuri Jelutong,

JAIS nafi anggotanya terlibat

SHAH ALAM 25 April – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menafikan anggota penguat kuasanya terlibat dalam serbuan khalwat yang menyebabkan seorang pelajar lelaki terbunuh akibat tergelincir dari tingkat lima Pangsapuri Jelutong, Selayang Heights dekat sini semalam.
Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, ketika serbuan yang turut disertai pihak polis itu dilakukan, anggota penguat kuasa jabatan itu tidak berada di tempat kejadian.
Beliau berkata, pihak yang membuat serbuan ketika itu ialah ahli jawatankuasa masjid di kawasan tersebut.
”Jadi, saya ingin menjelaskan tiada anggota penguat kuasa JAIS terlibat semasa serbuan itu. Pihak JAIS hanya menerima laporan serbuan yang diserahkan oleh ahli jawatankuasa masjid yang diberi kad kuasa untuk melakukan serbuan khalwat bersama pihak polis,” kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.
Mengenai pelajar wanita yang merupakan kekasih mangsa beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadapnya selepas ini atas kesalahan berkhalwat.
Dalam kejadian pukul 1.40 pagi semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej terbunuh selepas tergelincir dari tingkat lima Pangsapuri Jelutong ketika cuba menyembunyikan diri daripada serbuan itu.
Terdahulu pelajar lelaki terbabit dipercayai bermalam di rumah teman wanitanya yang juga rakan kolejnya tanpa menyedari perbuatan mereka diketahui jiran-jiran yang kemudiannya membuat aduan kepada pihak masjid.
Pelajar lelaki terbabit meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dan mayatnya ditemui di dalam longkang.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Cerita Dewasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *